0%

Sumbangan Kasih Buat Maahad Tahfiz As-Salihin, Sikamat, Negeri Sembilan

ALHAMDULILLAH, pihak Pertubuhan Rezeki Infaq telah berjaya menyalurkan dana sebanyak RM32,442.80 untuk pembangunan di Maahad Tahfiz As-Salihin, Sikamat, Negeri Sembilan.

Hasil daripada kumpulan dana menerusi Live Pembuka Rezeki yang berlangsung di maahad tahfiz tersebut. Sumbangan ini adalah usaha kita bersama demi membangunkan generasi hafiz yang bakal menyinari masa depan ummah. Tiada yang mustahil apabila kita semua berganding bahu, menyokong dan memberi yang terbaik untuk anak-anak tahfiz ini.

Bagi mereka, setiap bantuan adalah dorongan untuk terus teguh menimba ilmu, menghafal ayat-ayat suci Al-Quran, dan menjadi permata berharga demi agama Islam. InsyaAllah, kita juga akan menaja Maahad Tahfiz As-Salihin setiap bulan. Semua ini tidak akan dapat kita laksanakan tanpa sokongan dan kebersamaan anda semua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada insan-insan dermawan yang sentiasa berkongsi rezeki dan kasih demi mereka. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita, dan setiap ibadah serta hafazan anak-anak tahfiz ini, pahalanya akan sampai juga kepada kita. InsyaAllah, semoga sumbangan kasih ini terus menjadi saksi cinta kita kepada agama dan ummah.

© 2024 RezekiInfaqOfficial.com By Heblun. All rights reserved.
Website Design By Digital Asia Studio