0%

MKD Edisi Ke-3: Kursus Umrah Perdana 2024 Serta Tajaan Umrah Kepada Pesakit Kanser Dan Pelajar Tahfiz

SYUKUR KE HADRAT ILLAHI, kempen “Muhammad SAW Kami Datang” yang dilaksanakan oleh pihak Ustazlah bersama Haneen Travel & Tours Sdn Bhd telah memasuki edisi yang ketiga. Kempen ini semakin disambut baik dalam pelbagai golongan usia bukan sahaja di negara ini, malahan di Singapura.

Alhamdulillah ianya berjaya menarik kehadiran ramai jemaah yang memenuhi ruang auditorium masjid sebagai persiidaan diri sebelum menunaikan ibadah umrah pada bulan Oktober ini, di bawah program “Muhammad SAW Kami Datang”. Kursus ini dipimpin oleh UstazLah, selaku mutawwif berpengalaman yang bakal mengetuai para jemaah sepanjang perjalanan umrah nanti.

Dalam kursus ini, para jemaah didedahkan tentang pelaksanaan perjalanan umrah, termasuk sesi praktikal bagi memberi peluang kepada para jemaah memahami dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan ibadah umrah di Tanah Suci.

Jutaan terima kasih kepada Haneen Travel & Tours Sdn Bhd yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan kepercayaan kepada UstazLah untuk memimpin para jemah kali ini. Semoga setiap langkah para jemaah ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT, dan peroleh umrah yang mabrur.

© 2024 RezekiInfaqOfficial.com By Heblun. All rights reserved.
Website Design By Digital Asia Studio