0%

Lawatan ke Kampung Bahagia dan Pulau Jempiras, Sabah

ALHAMDULILLAH, satu kejayaan besar telah tercapai apabila pihak Ustazlah menziarahi Kampung Bahagia dan Pulau Jempiras di Sabah. Kami berpeluang bertemu dengan anak-anak syurga yang memiliki semangat luar biasa untuk menghafal Al-Quran. Namun, keadaan yang zuhud dan serba kekurangan membuatkan perjalanan mereka dalam menuntut ilmu menjadi agak mencabar.

Hasil kebaikan anda semua, kita berjaya mengumpulkan dana yang bakal digunakan untuk membina dua kelas, satu di Kampung Bahagia yang mampu menampung 300 orang pelajar, dan satu lagi di Pulau Jempiras. Langkah ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak syurga untuk menuntut ilmu dalam keadaan yang lebih kondusif dan selesa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Qudwah Group, Yayasan Ikhlas dan Majlis Ugama Islam Sabah yang turut bersama menjayakan misi ini. Tidak lupa juga kepada pihak Maritim Negeri Sabah dan Majlis Keselamatan Negara Malaysia  kerana sentiasa bersama kami dalam memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lawatan ini.

Terima kasih lagi sekali atas sumbangan anda dalam membina gedung ilmu untuk anak-anak Syurga di Kampung Bahagia dan Pulau Jampiras. Anda telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini, yang bukan sahaja memberikan keselesaan kepada anak-anak ini, malah membantu mereka mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Semoga setiap kebaikan dan bantuan yang diberikan dalam membina gedung cahaya ini akan terus membawa keberkatan dan pahala yang tidak putus-putus buat semua. InsyaAllah, anak-anak di sini mampu menggapai impian mereka untuk menghafal Al-Quran dan menjadi generasi penerus yang soleh dan solehah, insyaAllah.

© 2024 RezekiInfaqOfficial.com By Heblun. All rights reserved.
Website Design By Digital Asia Studio